Friday, July 23, 2010

REFLEKSI KENDIRI KULIAH 2

Pembelajaran mengenai muzik tradisional memberi personafikasi baharu dalam ilmu pengetahuan (content knowledge) dalam diri saya. Konteks pembelajaran muzik tradisional ini bukan hanya sekadar mempelajari dari sudut fizikal peralatan seperti yang digambarkan saya sebelum ini, namun pengajaran dan pembelajaran yang disampaikan turut membincangkan nilai-nilai estetika melalui gambaran dan kedatangan muzik tradisional ke tanah Melayu. Sebelum mengikuti pembelajaran kuliah kedua ini, saya sedikit sebanyak memahami perkara-perkara berkaitan dengan muzik asli tarian-tarian Melayu. Perkara inis sedikit sebanyak membantu saya dalam memberi gambaran yang mudah dan jelas dalam pembelajaran muzik tradisional. Secara konsep saya hanya mengetahui muzik tersebut dari sudut luaran (pendengaran) namun tidak melihat secara menyeluruh tentang alat-alat yang digunakan.

Secara asasnya, dalam pengajaran berkaitan kuliah kedua ini, saya berhasrat untuk mengetahui dengan lebih lanjut perkara berkaitan dengan apa itu muzik dan teori yang terlibat dalam penghasilannya. Dalam masa yang sama, saya ingin mengetahui jenis alat-alat muzik yang terlibat dalam sesuatu lagu serta dinyatakan sebagai alat muzik tradisional. Kronologi melalui asal usul kedatangan muzik ke tanah Melayu turut menjadi keinginan utama saya dalam pembelajaran tersebut. Saya juga meinginkan pengetahuan lebih lanjut berkaitan dengan implikasi dan keberkesanan dalam penggunaan muzik tradisional dalam lagu-lagu tradisional masyarakat Melayu terutamanya hingga ke zaman sekarang.

Sejurus dengan hasil pembelajaran, apa yang telah dipelajari adalah berkaitan dengan lima objektif utama pengajaran, iaitu mengetahui perkara berkaitan ‘soundscape’ yang lebih melihat bunyi yang terhasil dari pemandangan dan alam semulajadi (nature life). Dalam konteks yang sama, saya turut mengetahui perbandingan antara muzik dan bunyi. Dalam konteks yang kedua, saya mengetahui elemen-elemen yang dinyatakan sebagai budaya muzik yang mendiskripsikan muzik turut merupakan sebahagian dari cara hidup manusia. Perkara ini secara jelas turut dinyatakan dalam kebanyakan teori budaya yang menyatakan budaya meliputi segala aspek kehidupan yang menyeluruh sama ada dari segi pengetahuan, nilai, agama, politik dan sebagainya. Sifat muzik yang turut dikomplikasikan dengan aspek budaya muzik ini memberi gambaran kepada saya bahawa setiap muzik dan peralatan-peralatan yang dihasilkan bagi menghasilkannya secara tidak langsung mempunyai nilai estetika dan falsafah yang terkandung melalui penggunaannya.

Jika dilihat muzik dalam satu komponen budaya, masyarakat Melayu mempunyai falsafah seperti menyatakan rebab adalah di lambangkan kepada seorang perempuan. dan tali rebab yang tiga itu adalah lambang kepada tujuh anggota manusia dan tujuh tingkat suara, jumlah tujuh itu di kira dengan mencampurkan jumlah tiga tali dengan empat jari yang memetik. Seterusnya, saya turut mengetahui kronologi berkaitan dengan kedatangan muzik ke tanah Melayu. Dalam aspek ini, saya merumuskan bahawa pengaruh Arab, Hindu, Indonesia dan Barat banyak memberi impak dalam aplikasi dan implikasi muzik tradisional Malaysia.

Terdapat pelbagai teori yang dinyatakan melalui kedatangan tarian serta muzik yang digunakan -nya Namun, secara khusus, kedatangan pedagang-pedagang dari Arab telah memberi pengaruh dalam muzik tradisional yang dimaikan dalam penyampaian tarian zapin lebih dikenali sebagai zafana atau Jepin oleh pedagang-pedagang arab. Saya turut mempelajari perkara berkaitan seperti kategori alat muzik tradisional seperti kordofon, membranorfon, aerofon dan idiofon.

Seterusnya saya turut mempelajari konsep-konsep dalam muzik.Dalam aspek pembelajaran mengenai muzik tradisional ini, pelbagai kaedah boleh digunakan bagi mendapatkan pengetahuan lanjut berkenaan dengan muzik-muzik tradisional ini. Antaranya seperti rujukan terhadap kajian-kajian ilmiah yang lepas, rujukan sumber bacaan, Internet serta maklumat dari jurnal atau majalah-majalah. Melalui kaedah tersebut, ianya akan dapat memberi kesan yang menyeluruh sekaligus meningkatkan pengetahuan saya berdasarkan kuliah kedua ini.

0 comments:

Post a Comment

 

Blog Pelajar Kumpulan A

Blog Pelajar Kumpulan B

Blog Pelajar Kumpulan B

SMP 2252 Mohd Effizan Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template