Wednesday, July 28, 2010

JURNAL REFLEKSI MINGGU KE-3

Melalui pembelajaran kuliah minggu ke-2, saya telah mengetahui beberapa perkara seperti soundscape, perbandingan antara muzik dan bunyi, budaya muzik, kategori muzik iaitu kordofn, membrafon, idiofon dan aerofon. Tambahan pula, saya turut mengetahui sedikit sebanyak mengenai sejarah muzik ke Tanah Melayu.

Berdasarkan Kuliah yang ke-3. apa yang saya harapkan adalah lanjutan terhadap pembelajaran kuliah yang ke-2. Dalam konteks ini, matlamat seterusnya adalah berasaskan kepada tiga objektif pembelajaran iaitu kaedah yang digunakan dalam klasifikasi muzik tradisional, kedua kategori musik tradisional dan seterusnya ciri-ciri yang terdapat dalam muzik tradisional di Malaysia.

Terdapat beberapa aspek telah dipelajari dalam kuliah ini. Yang pertama, pengetahuan dalam konsep-konsep baharu seperti adaptasi dan idiosinkretik melalui pemahaman alatan muzik tradisional. Penjelasan mengenai dua konsep ini memudahkan pemahaman saya dalam mengkasifikasikan alat-alat muzik tradisional Malaysia. Dalam aspek ini, alat muzik adalah sesuatu bersifat adapatasi dan idiosikretik dimana, penggunaannya adalah berasakan kepada kesesuaian dalam kehidupan sesuatu masyarakat dan ada unsur tersendiri. Permainan alat muzik dari setipa negara adalah berbeza dan mempunyai identity tersendiri walaupun pemakaian alat muzik yang sama. Antaranya seperti permainan alat muzik gamelan di Bali, Indonesia, kaedah yang digunakan adalah sedikit berbeza walaupun penggunaan alat muzik gamelan yang sama.



Seterunsya, saya juga telah mempelajari perkaitan diantara budaya klasik dan budaya rakyat bagi melihat aspek ciri-ciri utama dalam muzik tradisional. Muzik yang diamalkan dalam golongan istana adalah dinyatakan sebagai Muzik Klasik seperti Gamelan. Asasnya terdapat empat kategori utama dalam mengenalpasti ciri-ciri muzik tradisional iaitu Muzik Rakyat, Muzik Klasik, Muzik Sinkretik dan Muzik Kontemporari. Kategori ini akan menjelaskan enam ciri yang boleh dinyatakan sebagai Muzik Tradisional Malaysia. Ciri-ciri Tersebut adalah Muzik dalam bentuk seni Lakun seperti Mak Yung dan Mek Mulung, Muzik dalam Bentuk Tarian seperti asyik dan Zapin, Muzik ensemble Genderang seperti Kompang, Muzik Vokal dan Instrumental Solo seperti Zikir dan Mukun, dan Muzik Ensembel Sosial Popular seperti Dondang Sayang.



Dalam aspek pembelajaran kali ini, saya dapat menambah maklumat berkenaan dengan kuliah ke-3 ini melalui youtube, majalah dan buku yang berkaitan dan sumber dari kumpulan-kumpulan pemuzik tanah air.

0 comments:

Post a Comment

 

Blog Pelajar Kumpulan A

Blog Pelajar Kumpulan B

Blog Pelajar Kumpulan B

SMP 2252 Mohd Effizan Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template