Saturday, August 28, 2010

Reflesksi Kendiri Minggu 7

Pembentangan 1

Dalam minggu ini, kami merupakan kumpulan pertama yang akan membentangkan tugasan berkumpulan kami bagi subjek muzik tradisional ini. Tajuk yang telah diberikan kepada kumpulan kami adala sejarah muzik tradisional malaysia. Sebelum pembentangan ini dilakukan saya dan rakan0rakan sekumpulan telah menjalankan kajian bagi mendapatkan sumber sekunder di perpustakaan dan sumber Internet untuk mengumpul segala maklumat. Oleh demikian, saya telah mengetahui asas dalam sejarah muzik tradisional Malaysia manakala lebihan pengetahuan adalah berkaitan dengan muzik bagi masyarakat melayu purba atas sebab saya telah ditugaskan untuk membentang bahagian tersebut.

Secara khusu, objektif utama pembentangan kumpulan kami adalah untuk mengenalpasti serta mengetahu fakta-fakta sejarah muzik tradisional Malaysia, Sejurusnya, bagi mengetahui alat-alat muzik tradisional Melayu bermula dari Melayu purba hingga sekarang sehingga ia menjadi initasi dalam perkembanagn muzik tradisional Malaysia.

Secara menyeluruh, pembentangan kumpulan kami merangkumi aspek-aspek pengetahuan seperti sejarah dan pengaruh muzik dari tiga komponen utama iaitu, pengaruh barat, pengaruh CHina, India dan Timur Tengah, serta pengaruh dari Kepualan Melayu Lama seperti Indonesia dan Thailand. Pembentangan berkaitan dengan kedatangan dan pergerakan manusia dari Kepulauan Pasifik turut diterangkan bagi menggambarkan secara meluas kedatangan manusia ke Tanah melayu secara amnya. Melalui pembentangan ini, kami dan rakan-rakan sekelas mengetahui kebanyakan muzik dari Tanah Melayu adalah hasil dari pengaruh luar kemudiannya diperkembangkan sehingga menjadi aset tradisional dalam Musik Malaysia.


Pembentangan 2.
Melalui pembentangan kedua oleh kumpulan seterusnya, tajuk yang di bawa adalah zikir. Zikir dikatakan mempunyai pengaruh besar dari Timur Tengah seiring dengan kemasukan Islam ke Tanah Melayu. Perkara yang diketahui sebelum mengikuti pembentangan kumpulan ini, saya mengetahui sedikit sebanyak berkaitan dengan nilai dan kebaikan berzikir yang dikatakan dapat menenangkan fikiran seseorang. Zikir boleh dilakukan di mana-mana sahaja dan kebiasaanya dalam bentuk majlis dan pertandingan.

Objektif utama pembentangan ini adalah supaya kami sekelas mengetahui komponen dalam zikir, melodi zikir dan sedikit sebanyak sejarah berkaitan dengan zikir ke Tanah Melayu. Dengan demikian beberapa pengetahuan yang telah diketahui adalah seperti kedatangan konsep zikir dan aplikasinya dalam kehidupana masyarakat Islam tanah melayu, jenis-jenis zikir, ritma dan melodi zikir serta juga perbandingan zikir di negara kita dan laur negara. Dalam aspek ini, segala pengetahuan lebih lanjut berkaitan dengan zikir, saya akan terus membaca blog kumpulan tersebut.

0 comments:

Post a Comment

 

Blog Pelajar Kumpulan A

Blog Pelajar Kumpulan B

Blog Pelajar Kumpulan B

SMP 2252 Mohd Effizan Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template