Pembelajaran minggu ke enam menfokuskan dua aspek topic pembelajaran baharu iaitu Makyung dan Kompang. Pembelajaran kali ini lebih menarik kerana kami memperolehi pengetahuan dan merasa pengalaman sebenar bermain alat muzik tradisional kompang bersama-sama dengan kumpulan kami. Dalam konteks pembelajaran berasaskan topik kali ini, secara dasarnya saya sedikit sebanyak telah mengetahui seni persembahan berkaitan dengan Mak Yung melalui pembelajaran Budaya dan Warisan Nasional dalam program kami, namun pembelajaran tersebut hanyalah meliputi falsafah dan seni dalam persembahan tersebut. Dari sudut permainan kompang, saya pernah mengetahui kompang kebanyakannya digunakan dalam majlis-majlis seperti perkahwinan dan sebagainya.
Terdapat dua komponen bagi topik pengajaran pada minggu tersebut. Asasnya objektif utama P&P adalah (i) Mak Yung- Mengetahui sejarah Makyung, persembahan dan alat muzik serta turut melihat muzik Mak Yung dari segi melodi, bentuk dan juga Irama. Dalam topic kompang pula, perkara yang saya ingin tahu adalah berkaitan dnegan sejarah kompang, alat muzik kompang, dan muzik kompang yang melibatkan tempo dan rentak dalam permainannya.
Sejurus dengan itu terdapat beberapa pengetahuan baru dalam dua-dua topic tersebut. (i) Mak Yung. Dalam P&P Mak Yung, saya telah mengetahui perkara berkaitan dengan sejarah Mak Yung. Mak Yung terdiri dari seni lakon yang kuno dengan menggunakan manusia. Dalm konteks sama ia berbentuk dialog mengisahkan segala cerita dan hamper sama dengan Menora, dan mekmulung. Makyung dikatakan berasal dari Patani dan terdapat pertukaran konteks persembahan dari Tradisi Istana ke tradisi Rakyat.Saya juga telah mengetahui perkara-perkara seperti tujuan dalam persembahan Makyung, Cerita MakYung, Lagu-lagu yang dimainkan dalam Makyung seperti mengadap rebab dan Kijang Mas dan turut mempelajari alat-alat muzik dalam persembahan Makyung seperti rebab, gendang, dan tetawak.
(ii) Kompang. Dalam aspek pembelajaran ini saya telah mengetahui beberapa perkara seperti sejarah kompang yang berasal dari kebudayaan Arab. Sejarah kegunaannyasehingga berkembang ke Tanah Melayu. Dalam masa yang sama terdapat komponen dan pengetahuan baharu saya melalui pembelajaran kompang iaitu terdapatnya adab dalam permainan kompang. Sejurus itu, saya turut mempelajari bahagian-bahagian penting di Kompang, pembuatan alat muzik kompang dan fungsi permainan kompang tersebut. Saya turut mengetahui bahawa terdapat beberapa jenis permainan kompang seperti hadrah, kompang Johor dan Kelalang. Di akhir pengajaran saya turut merasakan pengalaman sebenar dalam teknik bermain kompang.
0 comments:
Post a Comment