Saturday, September 25, 2010

Refleksi Kendiri Minggu 9

Ulasan refleksi minggu ini adalah melalui berdasarkan pemerhatian dari blog, rakan-rakan sekelas dan dari video-video pembentangan dari kumpulan pembentang minggu ke sembilan. Minggu ini menyaksikan dua tajuk pembentangan iaitu ghazal dan opera cina. Seperti biasa, antara perkara-perkara yang telah diketahui berkenaan dengan dua tajuk tersebut adalah i) ghazal: berasal dari tanah arab, kebiasaanya dimainkan seiiring dengan persembahan nyanyian dan kadang-kadang ditarikan bersama tarian zapin. Alat muzik yang utama adalah gambus yang mempunyai nada dari petikan tali. ii) Opera cina: satu persembahan dalam tradisi cina yang dimainkan bersama dengan dialog dalam bentuk nyanyian. Dialog menceritakan pelbagai kisah dari kelompok etnik cina.

Seperti biasa, kedua-dua tajuk tersebut memerihalkan objektif seperti sejarah, yang meliputi bagaimana ianya datang ke Malaysia, pengaruh dan kesan, alat-alat muzik yang digunakan, serta elemen dan jeniz muzik dalam persembahan ghazal dan opera cina. Sedikit sebanyak mereka sudah pasti menceritakan perkara-perkara berkaitan dengan falsafah dalam persembahan terutamanya persembahan opera cina.

Sebagai refleksi, antara perkara-perkara yang diketahui, sedikit sebanyak saya mengetahui berkenaan dengan asal-usul dan sejarah manifestasi ghazal dan opera cina dalam negara kita. Sedikit sebanyak alat-alat muzik yang dimainkan dalam kedua-dua jenis persembahan tersebut turut telah di kenal pasti. Sebagai tambahan saya akan terus meneroka kedua-dua tajuk tersebut bagi memastikan saya tidak ketinggalan dalam terus mengetahui aset dan nilai budaya negara kita terutamanya dalam persembahan etnik seperti opera cina dan ghazal. Antara kaedah-kaedah yang digunakan seperti terus melayari blog pembentang, bacaan jurnal, bahan-bahan ilmiah serta penerokaan internet mengenai dua usul tersebut.


0 comments:

Post a Comment

 

Blog Pelajar Kumpulan A

Blog Pelajar Kumpulan B

Blog Pelajar Kumpulan B

SMP 2252 Mohd Effizan Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template