Saturday, October 2, 2010

Reflesksi Kendiri Minggu 10

Dalam minggu ini, persembahan pembentangan memaparkan dua sesi iaitu sesi pertama persembahan muzik india klasik, manakala sesi kedua persembahan bagi pembentangan muzik asli. Sebelum itu, pengetahuan saya terhadap kedua-dua muzik ini adalah terlalu kurang. Saya hanya mengetahu sedikit perkara mengenai tarian sewang yang dasarnya digunakan sebagai perubatan oleh sekelompok kaum asli di Malaysia. Pelbagai penemuan dan hasil pengetahuan baharu diperolehi dari dua persembahan ini.

Muzik Klasik India.

Melalui persembahan ini, asasnya terdapat beberapa komponen yang nyata dari pihak pembentang dalam objektif pembentangan iaitu sejarah mengenai kedatangan muzik india di Tanah Melayu, komponen serta alat muzik India, serta cara persembahan Muzik India. Melalui pembentangan ini, saya telah mengetahui beberapa perkara seperti sejarah kedatangan muzik India yang hasil daripada perdagangan dan kemasukan imigran India ke Tanah Melayu. Alat-alat muzik yang biasa digunakan adalah seperti Vena, Bansuri (serunai) dan Anandha. Cara persembahan muzik India adalah permainan muzik seiring dengan pembentukan watak si pemain muzik. Pembentangan ini menarik kerana kami dipertontonkan dengan muzik dan video permainan muzik India. Kumpulan ini turut memaparkan pengalaman mereka semasa menjalankan kajian lapangan di Kuil Batu Caves. Pembentangan yang amat menarik dan penuh dengan maklumat.

Muzik Orang Asli.

Persembahan ini menerangkan segala aspek berkaitan dengan orang asli terutama muzik sewang orang asli yang amat terkenal di Malaysia. Terdapat beberapa komponen yang dibentangkan melalui pembentangan ini iaitu seperti sejarah kedatangan dan pergerakan orang asli ke Tanah Melayu, klasifikasi orang asli, persembahan sewang dan alat muzik dalam sewang. Beberapa perkara telah diketahui melalui pembentangan ini iaitu, orang asli terbahagi kepada 3 kategori, seperti melayu asli dan negrio. Mereka telah menduduki Tanah Melayu sejak dahulu dan masih mengamalkan adat-adat lama orang asli. Persembahan sewang amat terkenal dalam kelompok orang asli. Tarian ini bertujuan untuk menyembuhkan pesakit pada ketika dahulu. Sekaran tarian ini dijadikan sebagai satu produk pelancongan. Alat muzik kebanyakan adalah diasaskan oleh buluh. Alat muzik dimainkan mengikut rentak dan diiringi oleh penari-penari sewang. Pembentanagn ini turut menarik perhatian kerana persembahan slide yang diiringi dengan video dan muzik sebenar orang asli.

Melalui perbincangang tersebut, saya akan terus melayari kedua-dua blog persembahan tersebut bagi mendapat maklumat lanjut dan meningkatkan lagi pemahaman dalam muzik India Klasik dan Muzik Orang Asli.


0 comments:

Post a Comment

 

Blog Pelajar Kumpulan A

Blog Pelajar Kumpulan B

Blog Pelajar Kumpulan B

SMP 2252 Mohd Effizan Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template