Sunday, October 24, 2010

Reflesksi Keseluruhan

Sudah 14 minggu bersama dalam mengikuti kuliah muzik tradisional. Pelbagai reaksi dan gelagat melalui pembelaran kursus ini. Pembelajaran dalam kuliah-kuliah muzik ini merupakan suatu yang baharu bagi saya. Sebelum ini saya hanya mendengar apa itu muzik, namun sekarang saya sudah tahu apa diskripsi muzik. Secara tidak sedar, 14 minggu dalam kuliah ini banyak penegtahuan baru diperolehi. Bukan hanya pengetahuan, nilai-nilai dan kemahiran insaniah turut diterapkan melalui pembentangan kumpulan, serta tugasan berkumpulan. Kaedah pengajaran yang menarik dan berbeza menarik minat saya untuk terus berada bersam-sama rakan yang lain bagi mengikuti kursus ini.

Dalam kuliah pertama, saya telah didedahkan dengan bunyi dan komponen-komponen yang terdapat dalam muzik. Saya turut mengetahui klasifikasi muzik dan bagaimana dikatakan sebagai kategori alat-alat muzik. Kuliah ini banyak memberi kejutan kepada kami dalam bidang pengajian yang lain bagi bersama memahami konteks muzik tradisional, namun demikian pengajaran yang optima dan menarik telah banyak mempengaruhi pemahaman saya dalam konteks pengajaran kuliah pertama. Kuliah kedua pula membincangkan perkara berkaitan dengan budaya dan muzik tradisional Malaysia. Perbincangan menjurus kepada skop-skop yang akan diteliti dalam muzik tradisional Malaysia. Kuliah ketiga hingga kelapan banyak melibatkan pengajaran muzik tradisional Malaysia dari skop sejarah muzik tersebut, alat-alat muzik serta seni persembahan. Antara perbincangan adalah seperti kuda kepang dan Kompang. Kuliah kesembilan hingga ketiga belas, menyaksikan pembentangan dari kumpulan-kumpulan. Saya merupakan pembentang kumpulan pertama yang membincangkan sejarah alat muzik tradisional Malaysia.

Sejurus dengan itu, banyak maklumat baharu dalam konteks pembentangan yang telah dijalankan, Antara skop kajian yang dibentangkan oleh kumpulan lain adalah, ghazal, zikir, opera cina, muzik sewang dan muzik sabah sarawak. Konteks pembentangan dan pengetahuan yang diperolehi adalah melihat kepada sejarah, alat-alat muzik dan seni persembahan dalam setiap konteks kajian. Maklumat-maklumat ini banyak membantu dalam mengetahui konsep alat muzik tradisional di Malaysia.

Blog-blog yang dihasilkan turut banyak memberi pengalaman kepada saya dalam menghasilkan blog serta kemahiran berfikir dalam membentuk satu penulisan ilmiah di setiap refleksi kendiri. Kaedah pengajaran ini banyak membantu saya dan akan saya aplikasikan di peringkat sekolah nanti. Secara keseluruhannya, pengajaran dan pembelajaran kursus ini mencapai objektif secara menyeluruh.

1 comments:

Unknown on December 23, 2018 at 11:41 PM said...

Are you making up your mind to trade in Hitbtc? If you want to acquire sleek and handy means and methods then you can dial 24/7 active Hitbtc customer support number 1-888-764-0492 anytime. The experts will provide all the inventive solutions and strategies that help in erasing your query and at the same time, you get fruitful assistance from them related to the error. It is a charge free Hitbtc wallet service so you don’t have to pay a single penny for the services.

Post a Comment

 

Blog Pelajar Kumpulan A

Blog Pelajar Kumpulan B

Blog Pelajar Kumpulan B

SMP 2252 Mohd Effizan Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template