Minggu ini saya menyaksikan dua lagi persembahan pembentangan yang bertajuk opera cina dan muzik sabah dan sarawak. Kedua-dua pembentangan ini merupakan pembentangan terakhir dalam kursus muzik tradisional. Seperi biasa saya turut sedikit sebanyak mengetahui perkara-perkara seperti muzik sabah dan sarawak yang mana muzik di Sarawak terdiri dari pelbagai suku etnik seperti Iban, Melanau, Kenyah, Bidayuh dan Kayan. Pengetahuan mengenai opera cina pula adalah sedikit dan saya hanya mengetahui opera cina ini adalah persembahan topeng (bertutup dengan cat muka) dan sering disuarakan dengan lantang.
Opera Cina.
Pembentangan ini meliputi beberapa skop objektif iaitu pengaruh opera ke atas tanah Melayu, cara seni persembahan opera cina, alat-alat muzik dalam opera cina, falsafah dalam pemakaian serta seni opera cina. Hasilnya saya telah mengetahui asas serta skop yang mereka bincangkan seperti falsafah-falsafah yang terkandung dalam opera cina. Persembahan kumpulan ini amat menarik dengan persembahan slide yang kemas dan lain dari yang lain. Turut ditampilkan dengan video dan muzik opera secara langsung tidak membosankan. Secara keseluruhannya kumpulan ini telah memberi satu maklumat baharu yang penting dalam perkembangan muzik seperti opera cina di Malaysia.
Muzik Sabah dan Sarawak.
Asasnya, kumpulan ini menampilkan hasrat untuk membincangkan sejarah dan kedatangan muzik di Sabah dan Sarawak. Kumpulan ini membincangkan muzik etnik Iban di Sarawak yang dikenali dengan nama Ngajat. Perbicangan mengenai muzik ngajat tidak terlalu terperinci. Persembahan video turut tidak menggambarkan keaslian muzik ngajat sebenar di Sarawak. Pembentangan ini mungkin menjadi lebih menarik sekiranya pembentang turut menceritakan falsafah dan semangat spiritual yang terkandung dalam permainan muzik Ngajat. Bgai muzik Sabah, penceritaan dan skop agak besar dan turut menarik dengan perbincangan muzik di Sabah. Pembentangan ini menarik dengan selitan video muzik.
Rumusan.
Sebagai langkah mengetahui dengan lebih lanjut perkara ini, maka saya akan terus melayari blog dua kumpulan tersebut.

1 comments:
Sebelum memulakan permainan muzik di Sarawak, adakah benar dakwaan yang mengatakan bahawa terdapatnya ritual khusus sebelum memulakan persembahan pada mana-mana jenis muzik? sebagai contoh persembahan ngajat.
Post a Comment