Friday, August 6, 2010

Jurnal Refleksi Minggu ke-4

Kaedah Pengajaran dan pembelajaran dalam minggu ke -4 lebih menarik dengan sesi induksi dan kaedah mengajar yang mudah dan selesa bagi saya. Dalam konteks pembelajaran kali ini, saya didedahkan dengan Wayang Kulit yang meliputi tiga objektif utama iaitu jenis-jenis wayang kulit, alat muzik yang diganakan serta perbezaan antara wayang kulit.

Apa yang saya tahu sebelum mengikuti topik pembelajaran ini, saya mengetahui wayang kulit merupakan satu persembahan dalam kategori persembahan ritual melibatkan ada mantera, buka panggung dan danyang atau gambuh yang mengepalai sesuatu persembahan wayang kulit. Selain itu saya turut mengetahui wayang kulit kebanyakan popular di negeri Kelantan. Saya turut megetahui persembahan wayang kulit memerlukan layar putih dan lampu kuning bagi menghasilkan baying sewaktu persembahan diadakan. Patung-patung wayang kulit akan digunakan sebagai pelaksan atau artis dalam sesuatu persembahan wayang kulit.



Dalam pembelajaran kali ini, saya ingin mengetahui asas objektif pembelajaran dalam wayang kulit iaitu, jenis-jenis wayang kulit, alat-alat muzik yang digunakan dalam persembahan wayang kulit, serta perbezaan antara wayang kulit. Oleh demikian tiga asas objektif ini menjadi komponen apa yang kami pelajari. Asas yang pertama, saya mengetahui jenis wayang kulit iaitu terbahagi kepada emapat komponen utama wayang kulit iaitu wayang kulit jawa, wayang gedek, wayang kulit melayu dan wayang kulit Kelantan. Keempat-empat wayang kulit ini dapat dibezakan dengan menggunakan tiga asas perbandingan iaitu isi cerita, patung-patung, bahasa dan alat muzik yang digunakan. Contohnya, wayang kulit Kelantan mempunyai isis cerita dalam Hikayat Ramayana dan Mahabrata. Patung-patung mempunyai pengaruh dari patani, berbentuk mengiring dan hanya tangan di sebelah hadapan yang akan bergerak. Bahasa utama adalah dialek Melayu Kelantan.



Melalui pembelajaran ini, kita boleh mengetahui dengan lebih lanjut hal-hal berkaitan dengan wayang kulit di perpustakaan, video-video, kajian-kajian lepas dan artikel yang banyak di Internet.

0 comments:

Post a Comment

 

Blog Pelajar Kumpulan A

Blog Pelajar Kumpulan B

Blog Pelajar Kumpulan B

SMP 2252 Mohd Effizan Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template