Pembelajaran minggu lepas turut menarik minat saya dalam meneruskan pembelajaran menegnai muzik tradisional. kaedah pengajaran semakin hari semakin menarik dan kaedah mengajar yang digunakan turut memberi pengetahuan baharu kepada sayan dalam pedagogi pendidikan. Topik yang diajarkan pada minggu lepas adalah melibatkan topic pembelajaran gamelan dan caklempong. Beberapa perkara yang saya ketahui mengenai dua aspek pembelajaran kali ini adalah saya mengetahui sedikit sebanyak perkara mengenai tarian gamelan dan tarian-tarian yang digunakan dalam muzik caklempong.
Dalam pembelajaran dua topik ini perkara utama yang ingin diketahui adalah berkaitan dengan kategori dan klasifikasi muzik, jenis-jenis alat dalam dua permainan muzik tersebut, serta komponen muzik yang dimainkan.
Dalam pembelajaran dua topik ini perkara utama yang ingin diketahui adalah berkaitan dengan kategori dan klasifikasi muzik, jenis-jenis alat dalam dua permainan muzik tersebut, serta komponen muzik yang dimainkan.
Dalam kategori hasil pembelajara, terbahagi sua asas pemerolehan pembelajaran iaitu
( i) gamelan
Hasil pembelajaran, saya dapat mengklasifikasikan serta membanding bezakan gamelan yang dimainkan di Jawa, Terengganu dan negeri-negeri lain yang mempunyai pengaruh dalam permainan alat ini. Perbezaan dalam permainan tersebut diperhatikan melalui kategori music yang dimainkan, alat-alat muzik yang digunakan dan perkaitannya dalam kehidupan masyarakat. Klasifikasi alat yang dimainkan adalah seperti bonang dan gong. Contohnya, Gamelan Jawa mempunyai bit permainan gamelan yang lebih laju berbandingpermainan Gamelan Terengganu. Gamelan biasanya dimainkan bersama penari-penari yang kebiasaanya di Malaysia dikenali sebagai tarian Asyik. Gamelan mempunyai pengaruh kuat dari Jawa , Indonesia sehingga di sebarkan ke Tanah Melayu.
ii) Caklempong.
Caklempong turut mempunyai pengaruh kuat dari Indonesia, Permainan Caklempong biasanya memmpunyai kaitan dengan tarian spiritual seperti tarian Piring dan Randai yang lebih menjurus kepada betuk teater atau sebagainya. Alat muzik asas yang digunakan dalam permainan ini semestinya mempunyai kekuatan dari mainan serunai atau seruling. Perbezaan caklempong di Tanah Melayu dan Indonesia dapat diperhatikan melalui alat-alat muzik yang digunakan.
Terdapat beberapa kaedah dalam mengetahui dnegan lebih lanjut pembelajaran mengenai dua topic ini iaitu seperti membuat kajian di Perpustakaan, temubual, sumber internet dan turut boleh mengikuti kursus-kursus permainan alat muzik tradisional seperti gamelan dan caklempong.
0 comments:
Post a Comment