Sunday, October 10, 2010

Reflesksi Kendiri Minggu 11

Minggu ini kami dipersembahkan sekali lagi dengan pembentangan dari kumpulan ghazal. Pembentangan kali ini lebih spesifik dan banyak maklumat-maklumat baru telah diperolehi melalui pembentangan kedua dari kumpulan ini. Seperti biasa, persembahan sebelum ini telah sedikit sebanyak memberi pengetahuan kepada saya berkaitan dengan ghazal yang mana ghazal berasal dari Arab secara teorinya. Alat-alat ghazal yang paling utama adalah gambus. Permainan ghazal pada asalnya adalah untuk permainan istana dan kemudiannya terkenal dalam kalangan masyarakat.

Asasnya objektif utama pembentangan kali ini adalah berkaitan dengan 3 asas utama iaitu (i) sejarah dan kedatangan ghazal ke Tanah Melayu. (ii) Alat muzik ghazal dan klasifikasi ghazal di Malaysia. (iii) Permainan dan cara persembahan.

Melalui ketiga-tiga objektif ini saya telah mengetahui sedikit sebanyak perkara mengenai kedatangan ghazal ke Tanah Melayu. Pembentangan mengenai sejarah kedatangan ghazal amat spesifik dan maklumat yang diberikan adalah berdasarkan kajian lapangan yang telah dijalankan. Maklumat lain yang telah diperolehi adalah klasifikasi ghazal di Malaysia yang terbahagi kepada dua iaitu ghazal johor dan ghazal parti. Kedua-duanya mempunyai perbezaan dan persamaan dari segi alat muzik, konsep serta cara persembahan.

Secara keseluruhannya, pembentangan adalah berkesan serta memberi banyak input kepada kami dalam mengenali ghazal dengan sepenuhnya di Malaysia.

0 comments:

Post a Comment

 

Blog Pelajar Kumpulan A

Blog Pelajar Kumpulan B

Blog Pelajar Kumpulan B

SMP 2252 Mohd Effizan Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template